"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua PKR Bkt Bintang, 15 ahli sertai Umno

Ketua PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah anggota jawatankuasa (AJK) cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada Timbalan Pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan Ketua Penerangan Umno WP Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa, sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.

"Tujuan kami kembali kepada Umno adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan Umno WP di Kuala Lumpur.

Katanya selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi anggota parti itu akan menyertai Umno selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR Sept ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.

-Bernama-

Tiada ulasan: