"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beban rakyat bertimpa timpa, insuran kereta mahal

amkns
Berita Harian 25 Ogos 2010 - Caj insurans kereta tidak masuk akal. SAYA amat terkejut dan tidak berpuas hati apabila baru-baru ini syarikat insurans mengenakan caj nilai kereta paling rendah yang boleh dibeli ialah RM10,000, sedangkan kereta yang saya gunakan iaitu Proton Saga tahun 1999 yang nilainya tidak sampai RM4,000.

Sudahlah kena bayar insurans tinggi, pemilik juga perlu membayar loading kerana usia kereta melebihi 15 tahun.

Perkara yang sama juga berlaku kepada insurans motosikal. Tahun lalu, premiumnya RM69 kini terpaksa membayar RM196.

Apabila ditanya, wakil pos itu memberitahu kadar insurans sudah naik.

Jika tahun lalu diperdebatkan masalah kenaikan insurans ini dan kerajaan kononnya akan melancarkan insurans khas kenderaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kini memiliki kereta lama kerana tidak berkemampuan membeli kereta baru.

Kerajaan kini dilihat tidak dapat mengawal syarikat insurans yang sewenang-wenangnya menaikkan kadar insurans.

KOS INSURANS TERLALU MEMBEBANKAN. KALAU KEADAAN INI BERTERUSAN SAYA PERCAYA BANYAK KENDERAAN LAMA DAN MOTOSIKAL TIDAK BERINSURANS DAN BERCUKAI JALAN.

KERAJAAN AMBILLAH TINDAKAN.

RAKYAT TERANIAYA, Kuala Kangsar, Perak. /bharian

Baca juga tajuk ini

Derita seorang pemilik kereta lama

Tiada ulasan: