"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kakitangan awam kata,No money?No work!

cucupakkasim
Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang kerajaan yang memerintah hari ini, semakin hari semakin teruk, sebab berita yang terkini ialah JPA sudah arahkan pembekuan kerja-kerja lebih masa atau kerja overtime kepada kakitangan-kakitangan kerajaan.

Ini disebabkan sudah timbul rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan-kakitangan kerajaan yang mana mereka diarahkan untuk kerja over-time oleh Ketua Jabatan mereka tapi tak akan dapat bayaran sebab kantung kerajaan sudah kering, sudah tidak ada wang mau dibayar, akaun semua sudah jadi debit, akaun sudah jadi negatif, akaun sudah jadi tolak ..Kah..Kah..Kah..

Kena tunggu peruntukan tahun depan pula tengok macam mana dan kena tengok pula budget 2011, berapa jabatan akan dapat.

Setelah penat mendengar rungutan dan hamun dari kakitangan yang buat OT ini tapi tak dapat dibayar, Ketua Jabatan sudah datang idea ganti bayaran OT itu dengan cuti tahunan.

OT yang dibuat dan diganti dengan cuti ini pula hanya akan dibenarkan oleh Ketua Jabatan sekiranya benar-benar diperlukan seperti kerja-kerja kecemasan yang tidak boleh tunggu.

Hellooo ... kakitangan awam seperti pemandu dan buruh ini buat OT untuk dapat duit cash, nak tampong beban ekonomi mereka, bukan mahu cuti.

Apa pun gurkah-gurkah politik di'port' tumpang sedih sebab nasib kakitangan kerajaan yang jadi ahli kesatuan CUEPACS sudah dapat presiden yang tak dapat berfikir dengan panjang, yang langsung tak dapat membantu ahli-ahlinya dalam perkara ini.

Sepatutnya kerajaan yang kena jaga kakitangan ini, tetapi sudah terbalik pulak bila kakitangan ini pulak yang kena kerajaan, buat kerja free, buat kebajikan, tolong kerajaan.. Kah..Kah..Kah..

dari blog:
http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
Kalau sampai buat OT pun tak mampu nak bayar, memang kerajaan Najib hari ini sudah teruk !

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Bahan 50 tahun umno memerintah...negara yang begitu kaya kini dah nak bangkrap.

Wang lesap dengan pelbagai komisyen yang mereka sapu untuk membuncitkan perut anak beranak mereka.Kini kakitangan kerajaan pula dah jadi kuda tunggangan kerajaan umno.