"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Teo Nie Ching, Umno Tiup Provokasi Agama

Exco Selangor, Dr Halimah Ali dari Pas menyifatkan Umno melalui akhbar kawalan mereka cuba mengambil kesempatan atas kejadian seorang pemimpin DAP masuk ke dalam surau.

Dalam hal ini, beliau meminta pimpinan Umno tidak cuba meniup provokasi agama yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk ke bahagian dalam surau Al- Huda di Kajang, dipolitikkan pimpinan Umno.

Niat baik Teo Nie Ching diputar belit dan dijadikan modal politik dan perkauman dengan niat jahat bagi meraih sokongan pengundi Melayu-Islam.

Sedangkan, Teo Nie Ching sekadar menyampaikan sumbangan memperbaiki pagar surau seperti yang diminta penguurusan surau.

Semua orang akan mengambil kesempatan untuk menang 'political mileage' atau mendapatkan sokongan politik daripada perkara yang boleh menimbulkan salah tafsir atau salah tanggapan semua pihak.

"Untuk mengelakkan perkara seperti ini, kita kena proaktif, pengerusi surau dan masjid proaktif supaya tidak ada orang yang boleh mengambil kesempatan untuk menjadi su politik. Ini adalah perkara yang khilaf boleh diinterpretasikan dari pelbagai aspek," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir berpandangan kontroversi melibatkan Teo Nie Ching tidak perlu diheret berpanjangan bagi mengekalkan keharmonioan negara.

Beliau berharap pengurusan surau lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya rasa pihak surau tidak memberikan nasihat yang sepatutnya. Dan saya rasa kalau diberi nasihat yang sepatutnya, saya rasa tiada masalah,” katanya kepada TV Selangor.

Sekalipun fatwa memaktubkan orang bukan Islam tidak dilarang memasuki bahagian dalam surau atau masjid, Pas akur dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tiada ulasan: