"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Simbah cat di surau: Tiga remaja didakwa

Tiga remaja hari ini mengaku bersalah di mahkamah majistret atas tuduhan menyimbah cat merah ke atas sebuah surau di Taman Pulai Impian, Seremban pada 22 Ogos lalu.

Ketiga-tiga mereka dalam lingkungan usia 16 dan 17 tahun didakwa atas dua tuduhan merosakkan rumah ibadat.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang dan hukuman akan dijatuhkan pada 22 September ini.

Ketiga-tiga mereka ditangkap pada 23 Ogos lalu dan dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: