"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada persamaan Antara Sosilawati, Altantuya, teoh, Kugan dan Amirul rasyid

ramziredang
Timbul persoalan di kalangan rakyat, kenapa setelah kes Sosilawati heboh di seluruh negara, pihak polis mengumumkan membuka balik sembilan kes yang berkaitan dengan 'tertuduh'. Perlu juga disebutkan di sini, nama dan profail "tertuduh" masih belum didedahkan di media kerajaan. Inilah tahap'ketelusan kerajaan BN', jika seseorang ada kaitan tertentu dengan orang besar, namapun masih dirahsiakan. Rakyat juga tertanya tanya jika sekiranya kes yang terbaru ini tidak melibatkan Sosilawati, apakah ianya juga akan tertutup fail macam sembilan kes yang melibatkan 'tertuduh'?
Bagi rakyat yang cintakan keamanan terhadap negara Malaysia tercinta, rakyat tidak melihat kematian dari sudut perkauman. Juga tidak melihat dari sudut pangkat atau harta. Setiap satu nyawa, samada sosilawati, teoh beng hock, altantuya, kugan, amirul rashid adalah sama. Di antara kematian mereka mereka ini ada satu persamaan yang jelas iaitu, mereka ini tidak sepatutnya mati sepertimana cara mereka telah mati.
Sosilawati tidak patut dibunuh dan dibakar. Altantuya tidak patut dibunuh dan dibom. Kugan tidak patut mati di dalam tahanan. Teoh beng hock tidak patut mati di bawah jagaan SPRM. Amirul rasyid tidak patut mati ditembak. Semuanya tidak patut mati pada saat dia mati.
Yang anehnya, semua kematian mereka ini ada kaitan dengan kelemahan institusi yang sepatutnya menjaga kesejahteraan rakyat.
Terlalu menghairankan bila ada beberapa aduan polis tentang individu yang sama terhadap tertuduh yang membunuh sosilawati, kenapa ianya tidak disiasat betul betul dan tiada tindakan. Polis memberi alasan tiada bukti kukuh. Jika benar itu adalah alasan yang digunakan oleh polis, kenapa pula sekarang polis ingin membuka balik kertas siasatan. Darimana pula bukti kes terbaru ini ada kaitan dengan 'bukti' kes yang lama?
Mungkin selama ini polis terlalu sibuk untuk menangkap penceramah parti pembangkang. Atau sekiranya ISA relevan bagi UMNO, apakah ISA tidak dapat digunakan terhadap tertuduh yang pandai menghilangkan bukti? Atau ISApun hanya sibuk digunakan kesesuaiannya kepada pemimpin pembangkang?
Nyatalah sekarang kehidupan rakyat malaysia sangat membimbangkan. Kadar orang kejam semakin bertambah. Tentu sahaja bertambahnya bilangan orang kejam ini ada kaitan dengan keberkesanan pihak polis dalam mencegah jenayah dan yang paling malang, dalam kesibukan polis mencegah jenayah, ada beberapa kes kematian melibatkan segelintir anggota polis, iaitu kes kugan, amirul rasyid dan altantuya.
Nampaknya dengan terang dan nyata KPI pihak polis telah gagal dan ternyata kegagalan ini ada kaitan dengan pihak pemerintah sekarang iaitu BN. Hanya ada satu jalan pintas untuk memulihkan semua intitusi yang menjadi pelindung rakyat ini, iaitu tumbangkan BN secepat mungkin. Maka barulah segala revolusi penstrukturan segala institusi yang menjadi harapan rakyat akan dapat dipulihkan.
Bukalah mata dan fikiran kita. Semua ini memang perkara biasa berlaku di mana sahaja negara yang penuh dengan pemimpin yang korup dan penuh kebejatan. Jenayah jenayah kejam adalah perkara biasa di dalam negara yang pemimpinnya korup. Sebahagian kes jenayah yang berlaku di sekeliling kita ini adalah hasil dari sistem yang korup secara keseluruhannya. Ini baru cerita sehari dua ini, entah apa lagi yang menantikan kita di masa hadapan.
Kita tidak boleh tunggu lagi. Kita impikan suasana hidup yang kondusif dan aman untuk semua kaum. Sudah pasti ini semua tidak akan tercapai kecuali kita ada pemerintah yang berlaku adil dan bertanggungjawab ke atas setiap nyawa rakyatnya.
Yang pasti, kami rakyat tidak rela sesiapapun mati dengan cara yang tidak sepatutnya, samada dia melayu, india, cina atau apa sahaja. Tidak kira samada jutawan ataupun miskin harta. Juga tidak kira samada dibakar, ditikam, dibom, ditembak, dicampak atau bunuh diri, yang penting mereka tidak sepatutnya mati walau dengan apa cara sekalipun. Mengakulah BN, kamu telah gagal melindungi rakyat kamu. Ayuh bersama jatuhkan BN
Timbul persoalan di kalangan rakyat, kenapa setelah kes Sosilawati heboh di seluruh negara, pihak polis mengumumkan membuka balik sembilan kes yang berkaitan dengan 'tertuduh'. Perlu juga disebutkan di sini, nama dan profail "tertuduh" masih belum didedahkan di media kerajaan. Inilah tahap'ketelusan kerajaan BN', jika seseorang ada kaitan tertentu dengan orang besar, namapun masih dirahsiakan. Rakyat juga tertanya tanya jika sekiranya kes yang terbaru ini tidak melibatkan Sosilawati, apakah ianya juga akan tertutup fail macam sembilan kes yang melibatkan 'tertuduh'?

Bagi rakyat yang cintakan keamanan terhadap negara Malaysia tercinta, rakyat tidak melihat kematian dari sudut perkauman. Juga tidak melihat dari sudut pangkat atau harta. Setiap satu nyawa, samada sosilawati, teoh beng hock, altantuya, kugan, amirul rashid adalah sama. Di antara kematian mereka mereka ini ada satu persamaan yang jelas iaitu, mereka ini tidak sepatutnya mati sepertimana cara mereka telah mati.

Sosilawati tidak patut dibunuh dan dibakar. Altantuya tidak patut dibunuh dan dibom. Kugan tidak patut mati di dalam tahanan. Teoh beng hock tidak patut mati di bawah jagaan SPRM. Amirul rasyid tidak patut mati ditembak. Semuanya tidak patut mati pada saat dia mati.

Yang anehnya, semua kematian mereka ini ada kaitan dengan kelemahan institusi yang sepatutnya menjaga kesejahteraan rakyat.

Terlalu menghairankan bila ada beberapa aduan polis tentang individu yang sama terhadap tertuduh yang membunuh sosilawati, kenapa ianya tidak disiasat betul betul dan tiada tindakan. Polis memberi alasan tiada bukti kukuh. Jika benar itu adalah alasan yang digunakan oleh polis, kenapa pula sekarang polis ingin membuka balik kertas siasatan. Darimana pula bukti kes terbaru ini ada kaitan dengan 'bukti' kes yang lama?

Mungkin selama ini polis terlalu sibuk untuk menangkap penceramah parti pembangkang. Atau sekiranya ISA relevan bagi UMNO, apakah ISA tidak dapat digunakan terhadap tertuduh yang pandai menghilangkan bukti? Atau ISApun hanya sibuk digunakan kesesuaiannya kepada pemimpin pembangkang?

Nyatalah sekarang kehidupan rakyat malaysia sangat membimbangkan. Kadar orang kejam semakin bertambah. Tentu sahaja bertambahnya bilangan orang kejam ini ada kaitan dengan keberkesanan pihak polis dalam mencegah jenayah dan yang paling malang, dalam kesibukan polis mencegah jenayah, ada beberapa kes kematian melibatkan segelintir anggota polis, iaitu kes kugan, amirul rasyid dan altantuya.

Nampaknya dengan terang dan nyata KPI pihak polis telah gagal dan ternyata kegagalan ini ada kaitan dengan pihak pemerintah sekarang iaitu BN. Hanya ada satu jalan pintas untuk memulihkan semua intitusi yang menjadi pelindung rakyat ini, iaitu tumbangkan BN secepat mungkin. Maka barulah segala revolusi penstrukturan segala institusi yang menjadi harapan rakyat akan dapat dipulihkan.

Bukalah mata dan fikiran kita. Semua ini memang perkara biasa berlaku di mana sahaja negara yang penuh dengan pemimpin yang korup dan penuh kebejatan. Jenayah jenayah kejam adalah perkara biasa di dalam negara yang pemimpinnya korup. Sebahagian kes jenayah yang berlaku di sekeliling kita ini adalah hasil dari sistem yang korup secara keseluruhannya. Ini baru cerita sehari dua ini, entah apa lagi yang menantikan kita di masa hadapan.

Kita tidak boleh tunggu lagi. Kita impikan suasana hidup yang kondusif dan aman untuk semua kaum. Sudah pasti ini semua tidak akan tercapai kecuali kita ada pemerintah yang berlaku adil dan bertanggungjawab ke atas setiap nyawa rakyatnya.

Yang pasti, kami rakyat tidak rela sesiapapun mati dengan cara yang tidak sepatutnya, samada dia melayu, india, cina atau apa sahaja. Tidak kira samada jutawan ataupun miskin harta. Juga tidak kira samada dibakar, ditikam, dibom, ditembak, dicampak atau bunuh diri, yang penting mereka tidak sepatutnya mati walau dengan apa cara sekalipun. Mengakulah BN, kamu telah gagal melindungi rakyat kamu. Ayuh bersama jatuhkan BN.

Tiada ulasan: