KUALA LUMPUR: Pendakwa raya tidak pernah membentangkan laporan perubatan yang dibuat ke atasnya sepanjang kes Fitnah II berlangsung, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap kepada media selepas perbicaraan hari ini, beliau berkata, tindakan itu menimbulkan keraguan dan sangat mencurigakan.
“Hakikat bahawa mereka tidak pernah merujuk laporan itu malah menyembunyikannya sepanjang perbicaraan berlangsung, sangat-sangat mencurigakan,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Malah, Anwar berkata, laporan itu hanya ditandatangani seorang dari dua doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksanya walaupun nama kedua-dua doktor itu ada dalam laporan berkenaan.
Anwar diperiksa seorang doktor perunding, Datuk Dr Jayaindran Sinnadorai dan pakar bedah perunding, Dr Ee Boon Leong tetapi hanya Dr Jayaindran sahaja menandatangani laporan itu.
Hari ini berlangsung proses bicara-dalam-bicara ini bagi membolehkan Anwar untuk membidas kenyataan pendakwa raya sebelum ini yang menafikan beliau dibogel ketika tu diperiksa.
“Mereka nafi saya dibogelkan. Namun, ia ada dalam laporan tersebut. Bagaimana mereka dakwa boleh memeriksa saya tanpa membogelkan saya?” kata Anwar.
Kata Anwar, beliau dibawa ke HKL pada 16 Julai 2008 diiringi pegawai penyiasat DSP Jude Pereira, sebelum alat s***tnya diukur, malah d***rnya diperiksa dua doktor berkenaan.
Beliau membuat pendedahan itu ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama peguam bela menolak bukti yang diambil secara tidak sah sewaktu ditahan secara ala gestapo itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan