"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Media Mengambil Alih Tugas IBLIS Dan SYAITAN

wfauzdin_ns

KELMARIN sebuah stesen TV telah mempersendakan artis terkenal Bob Lokman yang telah menyertai PAS malahan telah pun mula memasuki medan juang bersama PAS di Merlimau dan di Kerdau. Jika dulu, artis ini disanjung dan dipuja tetapi bila artis ini memilih untuk berubah kepada yang lebih baik maka beliau dipersendakan.

Jika cara itu bukan cara Iblis dan Syaitan, cara siapa lagi? Bukankah Iblis dan Syaitan tidak akan bergembira sekiranya seseorang itu insaf dan ingin kembali mendekati Tuhannya? Saya ingin memperingatkan artis yang lain, jika kamu tidak mahu menyokong perjuangan Islam, kamu jangan terikut-ikut dengan rentak media yang berlidahkan Iblis dan Syaitan itu. Sekiranya ada mana-mana artis yang bersubahat dengan media berkenaan untuk memburuk-burukkan mana-mana artis yang ingin kembali ke pangkal jalan, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan kempen memboikot artis bangsat berkenaan

Jika kamu tidak ada keberanian untuk berubah, jangan kamu hina orang yang mahu berubah. Biarkan media bangsat itu yang bekerja untuk Iblis dan Syaitan. Kepada Bob Lokman, kamu telah memilih jalan yang betul. Walaupun usia kamu lebih banyak dihabiskan bersama mereka yang lalai itu, tetapi akhirnya kamu kembali kepada Islam. Kamu lebih mulia dari mereka yang memegang gulungan ijazah dari Universiti Al-Azhar tetapi masih berada di dalam gerombolan parti yang sekular sekutu Apco yahudi itu.

Tiada ulasan: