Sofi Wahab
Serangan BN kepada calon PAS Dun Merlimau, Haji Yuhaizad Abdullah makan tuan. Beberapa orang penduduk Merlimau yang ditemui berpendapat risalah keterlaluan BN yang menghentam calon, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan PAS menyebabkan pengundi BN mula tawar hati untuk mengundi BN. Sesetengahnya mula mungkin tidak mahu keluar mengundi esok.
Penduduk Merlimau Pasir yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mail, 62 berkata, beliau malu dengan corak kempen BN yang ternyata keluar dari batas-batas tata susila Melayu dan Islam.
"Kalau dah sampai fitnah, buat gambar lucah, tipu dan bohong, ini sudah melampau, sepatutnya kita kempen secara professional, matang dan telus".
"Ramai kawan-kawan saya mula tawar hati untuk mengundi dan mungkin akan cuba rosakkan undi" tegas Pak Mail.
Seorang penduduk Kilang Berapi yang mahu dikenali sebagai Apai, 29 pula rasa malu dengan gelagat ahli politik di Merlimau yang berkempen secara keterlaluan menghentam peribadi orang lain.
"Kita tidak sepatutnya mengorek dan membongkar peribadi calon, walaupun ia mungkin benar tetapi biarlah hal peribadi mereka kita tutup keburukan mereka, ini ceriat rumah mereka, kelulusan mereka dan hubungan peribadi ibu dan anak pun dan didedahkan kepada umum" ujar Apai pemuda yang dikatakan mempunyai pengaruh di kampungnya.
Bagi Mak Cik Leha, 55 dari Ayer Merbau pula merasakan kempen pilihanraya kecil Merlimau ini sudah melampaui batas tata susila dan Islam.
"Kita sepatutnya menilai seseorang calon bukan kepada fitnah dan pembohongan, tetapi kita nikai dari segi latarbelakang, akhlaq, keluarga dan hubungan dengan orang ramai".
"Kita juga seharusnya menilai calon itu dari parti mana dia datang. Kalau pemimpinnya kita tahu rasuah dan kaya raya maka kita kena periksa dan berhati-hati, jangan pangkah sesuka hati" kata Mak Cik Leha yang merupakan seorang suri rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan