"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Merlimau : Penari Seksi Sudah Mari.

Angkasanuri
Seolah-olah sudah menjadi tradisi dalam Umno/BN setiap kali kempen pilihanraya kecil untuk menghiburkan pengundi dengan penari seksi. Cuma kali ini mereka berlindung di bawah NGO 1Malaysia yang pentas utama berlatar belakang poster Perdana Menteri.

Di PRK Merlimau situasi sama berlaku apabila pengundi di Merlimau dihiburkan oleh persembahan menjolok mata.

Apa yang dilakukan oleh BN di Merlimau sesuatu yang amat dikesali kerana menyuburkan budaya tidak sihat khususnya di kalangan remaja dan belia. 

Boleh jadi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd. Ali Rustam menghadapi kekurangan pelajar di sekolah kebanggaan Umno di Melaka, Sekolah Murid Mengandung (Sekolah Harapan).

Jadi menganjurkan hiburan dengan penari seksi merupakan langkah bijak Ali Rustam dalam usaha untuk menambah pelajar di sekolah berkenaan.

Tiada ulasan: