"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis mati kesan tembakan di kuarters polis Petaling Jaya

amkns
Seorang anggota polis telah dijumpai mati dengan kesan satu das tembakan di kepala di bilik kuarters polis Salak South Baru menurut laporan akhbar Malay Mail 10 April 2011. Ini bukanlah kali pertama anggota polis dijumpai mati dengan kesan tembakan di balai polis mereka bertugas.
Pada Februari 2011 seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2, Selangor.

Pada Disember 2009 pula seorang anggota polis berpangkat sub inspektor juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabat cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.

Pada Disember 2004 seorang anggota polis berpangkat Sjn Mejar juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabatnya di Balai Polis Paroi, Seremban.

Pada Oktober 2007 seorang anggota polis berpangkat koperal telah ditemui mati dengan kepala berlumuran darah di lorong belakang bangunan kedai di pusat perniagaan Lavender Heights, Senawang.

Itu adalah kematian yang dilaporkan. Berapa banyak lagi kematian anggota polis yang tidak dilaporkan? Adakah banyak lagi misteri-misteri kematian polis sebegini?

Ada pemimpin Umno kisah? Atau pemimpin Umno hanya kisah mengenai video lucah tetapi tidak kisah akan nasib keluarga dan anak-anak anggota polis yang telah menjadi mangsa.

Adakah akan ada kejadian serupa pada masa akan datang?

COP FOUND DEAD WITH GUNSHOT WOUND IN HIS ROOM

Sunday, April 10th, 2011 15:51:00
PETALING JAYA: A police constable attached with the Cheras police headquarters' transportation unit was found dead with a single gunshot wound to the head this morning.

The 23-year-old policeman, whose identity was kept a secret, was found at 8am in his room at police quarters in New Salak South.

The body was found by his colleague who had to break down the door after he heard a gunshot coming from the room.

It is learnt that the deceased's sister was also there when they found the body as she was there to visit him.

She had tried to call him on his handphone but it went unanswered.

Police also found a .38 revolver in the room.

Kuala Lumpur police CID chief Datuk ku Chin Wah, said the handgun was given to the deceased yesterday for duty.

He, however, did not turn up for duty.

Ku said the case has been classified as sudden death pending a post mortem report.

The deceased’s body was taken to University Kebangsaan Malaysia Hospital for a post mortem.

It is learnt the deceased hailed from Perak and had been with the force for three years.

Tiada ulasan: