"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BN rasuah pengundi RM30 di DUN Simunjan

KEADILAN mengesan perbuatan merasuah pengundi  RM30 melalui pemberian slip berlogo Barisan Nasional (BN) untuk ditukar dalam bentuk wang di rumah pemimpin BN.
“Sebentar tadi, kami mengesan pengundi dirasuah BN RM30 melalui satu slip berlogo BN untuk ditukar dalam bentuk wang di rumah pemimpin BN selepas selesai mengundi,” kata Tuah Azlimah Yaman – wakil kepada calon KEADILAN Simunjan.
“BN turut memasang bendera kurang 50 meter dari Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), tempat pengundian,” katanya lagi.
Walaupun sudah diadu kepada SPR, Tuah Azlimah berkata, aktiviti itu tetap diteruskan secara senyap-senyap.
Katanya, lebih 60 peratus pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan selesai mengundi setakat jam 1 petang.
Beliau bersama calon KEADILAN DUN Simunjan, Dr Mashor Hossen kini berada di  Kampung Keleka – paling sengit berbanding kawasan lain.
DUN ini menyaksikan Dr Mashor berdepan saingan empat penjuru berdepan Mohd Naroden Majais (BN), Maz Palima anak Nyambil (PCM) dan Zaini Le’ (Bebas).

Tiada ulasan: