"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tewas

7.00 malam: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan tewas kepada DAP di N63 Dun Piasau. DAP diwakili Alan Ling Sie Kiong (sumber: Twitter Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong)
6.49 pm: Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, pengiraan awal tidak rasmi menunjukkan DAP menang 11 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya, laporMalaysiaKini.
6.43 pm – KEADILAN menang di DUN Batu Lintang dengan majoriti 2,426, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
6.25 pm - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Pas kalah tipis di N24 Dun Beting Maro dengan BN memperolehi majoriti 436 undi. (Sumber: Twitter Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi)
6.05 pm : Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, orang ramai boleh mengetahui jumlah terkini undi dengan turut serta mengikuti pengiraan undi di Pusat Media KEADILAN, Jln Satok, Kuching Sarawak.
Ibu Pejabat KEADILAN juga akan membuka pusat penjumlahan undi mulai jam 7 malam, kata Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
6.00 pm: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba’kelalan dengan majoriti 541 undi walaupun satu lagi kotak undi dari Kampong Lellang yang hanya mengandungi 100 pengundi, belum dikira.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali  dalam Twitternya menyatakan: “Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba’kelalan”.
Baru Bian ditentang oleh  Willie Liau dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SDPD-BN). Penyandang sebelum itu ialah Balang Rining dari SDPD.
5.32pm: Pengurus Kempen KEADILAN di Ba’kelalan, Paul Bian menyatakan, laporan tidak rasmi menunjukkan abangnya Baru Bian mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira, lapor MalaysiaKini
Beliau yakin abangnya menang kerusi DUN berkenaan.
5.19 petang – KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan salinan borang 14 kepada ejen pengundian, iaitu borang yang mengesahkan jumlah undi rasmi yang telah dikira di setiap saluran undi, kata Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali.

Tiada ulasan: