"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Asajaya : BN peralat RELA, rasuah pengundi RM10-RM15

Jentera Barisan Nasional (BN), memperalat Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dengan menyediakan meja khas untuk agensi kerajaan itu bagi merasuah pengundi di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya.

Calon KEADILAN di DUN itu, Arip Ameran berkata, tindakan BN itu dikesan di hampir semua kawasan pusat pengundian di kawasan itu pagi ini.
“Oleh kerana Pondok panas tidak dibenarkan, BN memperalat RELA dengan jenteranya menguruskan meja itu.
“Pengundi yang kami ditemui mengakui mereka menerima slip yang tertera logo BN di meja itu untuk ditukar dalam bentuk wang di rumah pemimpin cawangan BN yang terdekat selepas selesai mengundi.
“Setakat yang kita kesan, setiap pengundi dirasuah antara RM10 hingga RM15 seorang,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Jentera KEADILAN katanya turut mengesan BN menabur wang di Daerah Empila yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu.
“Semalam, setiap pengundi dirasuah RM8 di daerah Empila yang memiliki 500 pengundi berdaftar. Seratus peratus pengundi di situ berketurunan Melayu,” katanya.
Arip, bendahari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak dan seorang peguam Syarie berasal dari Kampung Sambir yang terletak dalam DUN Asajaya.
Arip yang pertama kali bertanding berdepan saingan satu lawan satu dengan penyandang kerusi itu sebelum ini, Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pagi tadi, Arip ialah individu pertama yang mengundi di lokaliti Kampung Sambir.
Hampir 84 peratus pengundi di DUN ini berbangsa Melayu-Melanau.

Tiada ulasan: