"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuan Ibrahim tolak pencalonan timbalan

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan hanya mempertahankan jawatan naib presiden manakala Datuk Husam Musa pula hanya akan berusaha mengekalkan kedudukannya dalam jawatankuasa PAS pusat dalam muktamar parti itu Jun depan.


Berikutan itu, Husam dan Tuan Ibrahim masing-masing menolak pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dan Husam - exco kerajaan negeri Kelantan - meminta kawasan PAS yang akan mesyuarat sepanjang bulan ini, tidak lagi mencalonkan mereka untuk kedua-dua jawatan tersebut.

NONESebelum ini, Husam dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang bertanding jawatan presiden manakala PAS Temerloh pula mencalonkan Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan presiden.

"Saya berharap pencalonan ini (Termerloh) adalah yang pertama dan terakhir," tegasnya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, katanya, beliau faham bahawa PAS adalah sebuah parti yang demokrasi, dan PAS kawasan berhak mencalonkan sesiapa sahaja untuk bertanding sebarang jawatan parti.

Katanya, terdapat ramai calon yang lebih layak bertanding dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden parti itu.

NONESebaliknya, kata Tuan Ibrahim, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai pesuruhjaya PAS Pahang bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, beliau mengulangi kesediaannya untuk mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang dalam pemilihan dalam muktamar PAS yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.

Setakat ini, semakan Malaysiakini mendapati Tuan Ibrahim layak bertanding mempertahan jawatan tersebut selepas mendapat dua pencalonan minimum dari kawasan Muar dan Parit yang bermesyuarat baru-baru ini.

Sehingga semalam, bekas naib presiden, Mohamad Sabu sudah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Manakala penyandang jawatan tersebut, setakat yang diketahui, mendapat satu pencalonan dari kawasan Parti Perak. Setiap calon perlu mendapatkan dua pencalonan minimum untuk layak bertanding.

NONE
Selain Tuan Ibrahim, dua lagi penyandang jawatan naib presiden - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub - juga layak bertanding mengekalkan jawatan mereka.

Sementara itu, Husam yang merupakan salah seorang timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, beliau hanya mahu mempertahankan kerusi jawatankuasa PAS Pusat.


Katanya, beliau tidak mempunyai cadangan atau niat untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

Sebaliknya tegas Husam, berdiri teguh di belakang kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: