Milo Suam

Video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim menjadi bahan kempen untuk ditayangkan kepada orang ramai termasuk warga tua terutama di kawasan pedalaman Sarawak melalui peranti-peranti elektronik seperti iPad. Dijangka kempen politik lucah ini akan diteruskan sehingga hari mengundi bagi meraih sokongan rakyat kepada calon-calon Barisan Nasional.

Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah tidak mampu lagi berkempen secara bersih, lebih-lebih lagi sentimen anti Taib Mahmud yang sedang memuncak di kalangan rakyat Sarawak. Maka mereka terpaksa menggunakan video lucah untuk berkempen sekaligus meneruskan amalan "politik selak kain".

Update 21:37: Hasil tinjauan, terbukti tugas meraih undi menggunakan video lucah ini dilakukan oleh blogger gerombolan songkok tinggi. Sila rujuk blog-blog popular gerombolan songkok tinggi, anda akan temui jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan