Nazri Abdullah
BETING MARO, 15 April: Calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berpuas hati dengan kempen beliau sepanjang 10 hari sejak hari penamaan 6 April lalu.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Abang Handsome' ketika ditemui memberitahu, sambutan yang diterimanya sangat baik oleh semua kaum di sini.
"Kita boleh tengok jari 'peace' iaitu simbol calon nombor dua dilayankan oleh penduduk bila nampak saya dan lambang bulan,"katanya.
Beliau ditemui ketika selesai melawat satu kawasan dengan menaiki bot di Jeti Kampung Pusa di sini petang ini.
Hari ini merupakan hari terakhir kempen yang akan tamat jam 12 malam ini sebelum menjelang hari pengundian esok.
Ditanya tentang keyakinan untuk menang, beliau menyerahkan kepada pengundi esok apatah lagi berdepan kempen saat akhir pihak lawan.
"Parti lawan kita malam ini akan bagi beras, basikal dan macam-macam lagi.
"Kita harap penduduk di sini cekal hati, kita bagitahu apa yang diberi ambil, tapi pangkah tetap bulan,"katanya.
Abang Ahmad Kerdee akan ditentang calon BN Razaili Gapor.
Banyak pihak melihat PAS berkelebihan di Dun Beting Maro.
Ianya bukan sahaja dibantu faktor kebencian masyarakat di sini terhadap BN, malah juga faktor calon dari anak tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan