"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tendang saya, dakwa aktivis K'tan

azlanSeorang aktivis di Kelantan mendakwa dia telah ditendang dua kali oleh anggota polis yang berlainan ketika ditahan di lokap ibupejabat polis Bachok bulan lalu.

Dalam laporan polisnya, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 36, berkata, dia dalam perjalanan untuk mengambil tiga anak perempuannya di SK Serting pada kira-kira jam 1.15 petang 20 Jun, apabila dia diarahkan berhenti oleh lelaki berpakaian seragam di Wakaf Aik-Kota di Jembal.

"Tiada kon polis dan pagar sekatan polis diadakan," katanya sambil menambah dia keluar dari kereta dan memberitahu keretanya ada cukai jalan dan dia dalam perjalanan menjemput anaknya di SK Sering.

Katanya, seorang lelaki yang memakai tanda nama Fairus kemudian memintanya menunjukkan lesen memandu.

Ahmad berkata, dia kemudiannya memberitahu lelaki itu hanya polis trafik boleh meminta lesen memandu saya dan dia sepatutnya meminta kad pengenalannya.

Katanya, apabila lelaki itu meminta kad pengenalannya, dia kemudiannya meminta lelaki itu menunjukkan kad kuasa polis. 

"Dia menunjukkan kepada saya kad kuasanya dari jauh dan singkat, dan saya minta beliau memberi masa kepada saya untuk meneliti butiran nama dan nombor anggota pada kad kuasa tersebut, untuk saya buat pengesahan melalui telefon dengan balai polis Bachok," laporan polis tersebut dipetik.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: