"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Logo halal Jakim pada sosej babi

BUKTI...sosej dipercayai dibuat daripada babi  tertera logo halal Jakim.
BUKTI...sosej dipercayai dibuat daripada babi tertera logo halal Jakim.
KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”


Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini. 

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah. 


Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.

“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya.
-hmetro-

1 ulasan:

Mike Yussof berkata...

Ini yang kerajaan PAS patut ambil berat, makanan dan minuman halal dan haram. Dah lah kita kurang beribadat kena pula makanan haram jadi lagi teruklah.