"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua beradik cedera disimbah cuka getah

KUANTAN: Dua beradik lelaki cedera parah dipercayai terkena simbahan cuka getah di Felda Kesumba Jengka 9 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, 10, sedang menaiki basikal ke rumah kawan untuk belajar secara berkumpulan.

"Tiba-tiba seorang lelaki, dipercayai jiran mangsa di Blok 8 felda berkenaan, bertindak menyimbah cuka getah ke arah kedua-dua beradik itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, Shafiq Haikal cedera parah di badan dan sebelah muka kiri, manakala adiknya cedera di seluruh muka serta mata, dan mereka dihantar ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, suspek yang berusia lingkungan 30-an, ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-Bernama-

Tiada ulasan: