"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rakyat ada jawapan insiden 9 Julai untuk hukum BN!

WAN NORDIN WAN YAACOB
http://www.financetwitter.com/wp-content/uploads/2011/07/Bersih_2_Rally_15.jpgBukan mudah untuk kerajaan Umno-BN menghalang mana-mana pihak untuk melaporkan apa sahaja yang berlaku pada himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.Rakyat yang telah disuburkan dengan pengetahuan ICT sejak ianya diperkenalkan dizaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad telah mula celik dengan perkembangan melalui internet.

Jika dahulu, ramai yang beranggapan kononnya isu-isu di kota raya Kuala Lumpur tidak akan sampai ke kampung-kampung mahupun di corok rantau.

Kini semuanya boleh sampai, malah melalui penggunaan Laptop 1 Malaysia yang diagihkan kerajaan kepada warga kampung dan pelajar boleh dimanfaatkan untuk tujuan mengetahui perkembangan.

Justeru insiden 'tindakan kasar' polis pada 9 Julai lalu seperti yang didakwa penganjur Bersih 2.0 bukan sahaja menjadi bahan dakwaan, malah ianya dibuktikan melalui tayangan klip video yang disebar melalui Youtube dan laman sesawang tertentu.

Malaysiakini, Harakahdaily dan banyak lagi portal turut menjadi nadi menyebarkan kisah-kisah 'unreported' yang tidak tersiar dimana-mana akhbar arus perdana.

Walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan anggotanya bertindak ganas, namun kepala ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad yang berdarah, lutut Timbalan Presiden PAS, Mohammd Sabu yang cedera dilanggar kenderaan polis dan beberapa peserta himpunan yang cedera, malah ada yang meninggal dunia (Allahyarham Baharuddin Ahmad) tidak boleh dipesongkan faktanya.

Gambar dan video klip membabitkan beberapa tingkah 'kurang sopan' anggota pihak berkuasa kini mula dikumpulkan oleh pihak-pihak yang terbabit dengan Bersih 2.0.

Jawatankuasa Bersih 2.0 sendiri telah membuat pengaduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), dan Pesuruhjaya Suhakam, Sha'ani Abdullah dalam kenyataannya sebelum ini mengecam tindakan ganas polis meleraikan himpunan.

Semuanya perlu dijawab cermat oleh polis dan kerajaan Umno-BN, kerana rakyat hari ini, walau berada di kampung atau di corok rantau tidak boleh lagi ditipu dengan hanya laporan media arus perdana.

Rakyat kini sedar, perlunya maklumat kedua bagi menerangkan sesuatu isu, kerana mereka sebenarnya telah merasai bertapa 50 tahun di bawah Umno-BN tidakpun membawa perubahan kepada mereka.

Petani masih lagi meneruskan kegiatan mereka bertani dengan bantuan yang semakin sukar diperolehi, nelayan terpaksa mengharung ombak besar menangkap ikan walaupun harga diesel semakin naik, malah peniaga terpaksa meniaga tanpa bantuan kerajaan walaupun harga barangan semakin menyesakkan poket mereka.

Darihal ini menyaksikan, rakyat mula bangkit untuk mencari apakah jalan terbaik mengajar kerajaan yang menggunakan polis sebagai senjata terakhir bagi mempertahankan kekuasaan.

Rakyat juga mulai tertanya akan apakah sebabnya kerajaan begitu bersungguh-sungguh mahu menghalang Bersih 2.0 dan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah badan 'maksum' yang tidak boleh dicadangkan penambahbaikan perjalanan pilihan raya yang menjadi keutamaan badan itu.

Perlu diingat, rakyat kini mulai mendapat 'ilham' kepada jawapan itu kerana mereka telah menyaksikan bukti-bukti insiden hitam 9 Julai melalui maklumat kedua.

Kerajaan yang masih dalam sindrom penafian perlu ingat, gelombang ketiga sedang dicipta rakyat untuk menghukum kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Tiada ulasan: