"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar Harimau Bintang Gigit Pegawai Perhilitan

Selatanonline

Seekor harimau bintang seberat 90 kilogram melompat ke arah belakang seorang pegawai jabatan perhutanan di sini kelmarin.
Sebelum ini harimau itu sudah mencederakan lima orang selepas haiwan tersebut tersesat memasuki sebuah kampung dari taman negara berdekatan.
Sebelum ini harimau itu sudah mencederakan lima orang selepas haiwan tersebut tersesat memasuki sebuah kampung dari taman negara berdekatan.


Sebenarnya kejadian ini telah berlaku di Kampung Prakash Nagar, India. 
Pegawai itu cedera namun seorang pegawai perhutanan berjaya menembak ubat pelali ke atas haiwan itu menyebabkan ia lemah sekali gus dapat ditangkap dengan mudah oleh tiga anggota polis yang bersenjatakan pistol dan baton.

Sejumlah penduduk kampung menyaksikan detik-detik cemas itu.
Harimau itu dibawa ke sebuah pusat haiwan di Sukna tetapi ia mati akibat kecederaan.

Sebelum pegawai hutan itu dicederakan, haiwan berkenaan mencederakan lima orang lagi semasa penduduk kampung cuba mengejar untuk menangkapnya.

Tiada ulasan: