"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aishah bangga buat persembahan di Kelantan

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 21 Julai: Penyanyi terkenal Kelantan, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 45, melahirkan rasa syukur berikutan imejnya yang bertudung, beliau diundang kali kedua oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu.

Menurutnya, mungkin kerana memenuhi syarat yang telah ditetapkan beliau sekali lagi diundang untuk membuat persembahan tertutup di negeri itu.

“Andainya saya masih belum bertudung, tentu kerajaan Kelantan tidak menjemput saya kan?” soalnya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kerajaan Kelantan, di Kelantan Trade Cantre (KTC), di sini tengahari tadi yang dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya hanya beliau dan artis Nora sering dijemput, ini bererti masih belum ramai lagi artis (penyanyi) yang bertudung.

“Ini merugikan masyarakat, sebab setiap lagu-lagu yang didendangkan bukan hanya sekadar lagu, sebaliknya membawa mesej yang bermakna pada masyarakat,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap artis wanita khususnya penyanyi supaya turut menampilkan imej bertudung kerana rezki ada di mana-mana.

Aishah kini dalam persiapan untuk melahirkan album baru irama pop, namun yang bermesej sesuai untuk kehidupan masyarakat sama ada sebagai seorang anak atau ibu.

Sempena program itu Aishah menyampaikan lapan buah lagu, iaitu lagu untuk Wanita, Janji Manismu, empat lagu medlay yang bertemakan ibu, Syurga Di Telapak Kaki Ibu termasuk zikir dan Anak.

Ustazah Asni Mansur personality tv turut diundang untuk menyampaikanmotivasinya pada program yang bertemakan Tangan Menghayunkan Buaian Menggegarkan Dunia.

Tiada ulasan: