SHAH ALAM, 22 JULAI: Polis Di- Raja Malaysia (PDRM) dibidas kerana menuduh secara sembarangan kononnya peserta himpunan aman Bersih 2.0 melakukan provokasi sehingga memaksa anggotanya bertindak menyembur air bercampur kimia dan gas pemedih mata bagi menyurai himpunan tersebut.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, tindakan polis menayang rakaman terpilih semalam, seraya menuduh peserta himpunan membuat provokasi sangat tidak profesional berikutan mereka langsung tidak dipanggil untuk sebarang siasatan dan tiada ruang untuk membela diri.
"Ini adalah satu tindakan yang tidak profesional, kerana mereka (polis) membuat pertuduhan terbuka keatas individu-individu tanpa membolehkan mereka membela diri atau disoal siasat terlebih dahulu," tegas Tian.
Jurucakap polis, Salleh Mat Rashid semalam, bertempat di dewan Theattrette Bukit Aman bertindak menayang secara terbuka beberapa rakaman kepada wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil Media terpilih dalam usaha menghalalkan tindakan ganas dan zalimnya terhadap peserta himpunan itu.
Walhal peserta yang hadir menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara itu, bergerak secara aman tanpa membawa sebarang senjata.
Tian kemudiannya mengulas tindakan polis menayang rakaman seolah- olah dirinya dan beberapa peserta himpunan itu berlari merempuh kearah sekumpulan Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Justeru Salleh berkata, atas tindakan provokasi Tian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih kepada mereka.
"Kalau benar saya telah melakukan kesalahan dan mengepalai demonstran itu untuk menyerang polis seperti yang didakwa, polis perlu tunjukkan bukti dan boleh dakwa saya di mahkamah, dan saya tidak akan jawap didalam media kerana ini bukan forumnya," tegas Tian.
Tian turut menambah tindakan polis mendedahkan video terpilih semalam seolah-olah seperti polis sudah jatuhkan hukuman kepada tertuduh, sedangkan inidividu yang dituduh tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat.
"Sekirannya polis benar-benar mempunyai bukti bahawa seseorang itu telah melakukan kesalahan mereka sepatutnya didakwa dimahkamah dan video-video ini digunakan sebagai bukti dakwaan, bukannya bertindak menayangkannya di forum secara terbuka dan memburukkan mereka," katanya.
Selepas tayangan hampir 30 minit, Salleh akhirnya mengakui polis bertindak menyembur air bercampur kimia ke kawasan Hospital Tung Shin.
Pengakuan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Low Tiong Lai sebelum ini kononnya hospital itu tidak menjadi sasaran provokasi polis.
Bagaimanapun, Salleh menambah, polis tidak melepaskan tembakan gas pemedih mata ke hospital tersebut dan berkeras menyatakan angin yang meniup gas tersebut sehingga masuk ke hospital tersebut.
Salleh juga menafikan semua tuduhan kekejaman mereka dalam insiden yang lain termasuk kes di terowong KL Sentral dan dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dirempuh Pajero polis.
-tvsnews-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan