"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makcik BERSIH: "Saya tidak mahu digari, ditangkap atau dikurung tanpa sebab"

Perpindahan Anne Ooi - anak kelahiran Pulau Pinang - ke ibunegara lapan tahun lalu, merupakan satu perubahan penting - yang sampai ke kemuncaknya pada 9 Julai lalu - hari di mana gambar ikon 'Makcik BERSIH' ini dirakamkan.

NONEImej seorang wanita berusia keseorangan berpakaian baju-T kuning, yang lencun hingga ke tulang disimbah air campuran kimia - dengan berlatarbelakangkan barisan anggota polis anti-rusuhan bersama trak meriam air - telah menjadi simbol ketahanan dan penentangan dalam berdepan dengan penindasan.

Walaupun berat hati dan selepas berfikir panjang, Anne akhirnya bersetuju bercakap buat pertama kalinya dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur pada hari Selasa.

"Apabila saya datang ke KL, Five Arts Centre telahpun membuat pertunjukan. Mereka menampilkan banyak perkara tentang kerajaan untuk membangkitkan kesedaran. Sejak anak perempuan terlibat dengan seni, rakan-rakannya adalah rakan-rakan saya. Saya tak kenal orang lain di KL," katanya.

"Marion D'Cruz menghasilkan tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Chee Sek Thim pula mengenai 13 Mei (1969), bertajuk That was the Year, dan begitulah seterusnya dan saya seronok menyaksikan persembahan tersebut kerana sindirannya terhadap kerajaan," tambahnya.

Five Arts Centre merupakan koleksi artis dan produser yang berdedikasi untuk menjana bentuk seni alternatif dan imej dalam persekitaran kreatif Malaysia, termasuk teater, tarian, muzik, seni visual dan teater anak muda.

Pesara berusia 65 tahun itu berkata kerja dan usaha masyarakat kreatif merupakan satu 'detik kebangkitan' tentang apa yang berlaku di negara ini.

'Saya berarak menentang ketidakadilan'


NONETidak senang dengan keadaan negara, Anne, seorang guru bahasa Inggeris yang berkhidmat di sekolah kerajaan selama 35 tahun, turun bersama-sama dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh gabungan BERSIH 2.0 untuk memperjuangkan pilihan raya bersih dan adil, tetapi bagi Anne dan ramai lagi pada hari berkenaan, ianya lebih daripada itu.

"Ketidakadilan. Tangkapan. ISA. Orang dikurung tanpa sebab. Saya sendiri tidak mahu dikurung. Saya tidak mahu digari, ditangkap atau dikurung tanpa sebab," kata Anne.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: