"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makcik BERSIH cuba sembunyikan dirinya...


Sebelas hari setelah diangkat sebagai wirawati kerana pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH 2.0, Makcik Anne Ooi kini cuba menyembunyikan dirinya.

Ooi, 65, berkata beliau terpegun dengan tumpuan orangramai setelah laman Facebook yang didirikan untuknya telah mendapat lebih 40,000 peminat atau mereka yang menyukainya.



NONEDi alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.
Bagi bekas guru ini yang menjalani kehidupan ringkas, beliau langsung tidak mempunyai pengetahun luas mengenai media sosial dan tumpuan ke atasnya kini ibarat satu kejutan budaya.

"Saya begitu takut dengan semua 'kegilaan' di Facebook," katanya ketika ditemui pada malam Isnin lalu.

"Saya hidup tanpa TV, tanpa akhbar dan benda-benda mengarut. Saya hanya baca buku yang baik. (Sekarang) saya juga tidak berani pulang ke rumah. Semua kegilaan ini cukup menakutkan saya. Semua ini terlalu sukar dipercayai,”

Ooi, yang menjadi guru bahasa Inggeris selama 35 tahun berkata rumah anak perempuannya kini menjadi tempat perlindungannya dan beliau tidak berani keluar ke tempat awam kecuali ke gereja.

Beliau juga meluahkan hasrat supaya hidupnya tidak diganggu dan meminta orang ramai memberinya masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.

"Tolong beri saya masa,” katanya.
NONEOoi mencuri tumpuan apabila antara ribuan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - iaitu gambarnya yang berpakaian kuning tetapi basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih dan berjalan lesu mengelak kemaraan polis.

Wanita itu turut terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu dan tidak mampu melarikan diri apabila diminta bersurai.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: