"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri Sarbaini: Saya mahu Suruhajanya Diraja siasat

Kecewa dengan siasatan polis, Maziah Manap, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KualalLumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.

sarbani wife lodge police report 230711 maziah manap and mokhtar mansur"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.

Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.

Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: