"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keluarga Teoh tolak laporan suruhanjaya, mahu semakan semula

Karpal Singh dan adek mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lan (kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Keluarga Teoh Beng Hock kemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian setiausaha politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu.

“Keputusan bunuh diri tidak dapat diterima oleh keluarga (Teoh),” kata peguam kepada keluarga Teoh, Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.

“Suruhanjaya diraja adalah tribunal yang rendah dari struktur undang-undang dan apa sahaja keputusan dibuat oleh tribunal yang rendah boleh disemak balik oleh Mahkamah Tinggi,” kata beliau.

Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu “baris demi baris” untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan.

Karpal berkata, beliau tidak dapat fikirkan sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas tiga pegawai yang dinamakan selain tindakan disiplin.

Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo bagaimanapun berkata mereka sedang meneliti satu peruntukan dalam undang-undang yang boleh digunakan untuk meliputi tindakan ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: