"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lawak Terbaru Zul Kulim, Wan Azizah menangis depannya?

wfauzdin_ns
Kelakar sungguh bila membaca kenyataan Zul Kulim dalam Malaysiakini semalam.  Dia tak mengaku apa yang didakwa oleh Dr Syed Husin Ali di dalam buku `Memoir' yang menyebut Zul Kulim minta upah untuk kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar.  Korang baca kat SINI dulu.

Dr Syed Husin telah keluarkan buku yang bercetak dan diedarkan. Dr Syed Husin bukan bercakap mulut saja atau bercakap di dalam Parlimen yang `kebal' itu. Jadi, sebagaimana Zul Kulim selalu cabar DS Anwar saman beliau atau Blogger yang buat fitnah, maka kali ini apa kata Zul Kulim saman Dr Syed Husin pula? Ada berani?

Paling kelakar bila Zul Kulim ini cerita kononnya DS Wan Azizah menangis depan beliau bila DS Anwar `paksa' isterinya itu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk DS Anwar tandingi. Punyalah haprak lawak jenaka Zul Kulim. Semenjak bila DS Wan Azizah ini tergila-gila nak jadi Ahli Parlimen? Dia ingat DS Wan Azizah ini macam dia yang semenjak dari PAS lagi terhegeh-hegeh nak jadi YB. Malangnya, PAS dah tahu perangai buruk Zul Kulim dan PAS tak pernah pun teringin beliau untuk menjadi calon PAS. Akhirnya, atas simpati DS Anwar maka beliau dipilih sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru.

Busuk-busuk bangkai akhirnya terbau juga. Akhirnya, benarlah sangkaan PAS selama ini. Zul Kulim tidak boleh dipercayai, maka dia tercampak dari PKR. Alhamdulillah, satu bangkai sudah hilang dari PKR. Kita semua tahu, DS Wan Azizah asalnya bukan orang politik pun. Semenjak DS Anwar di dalam kabinet kerajaan dulu hingga ke peringkat DS Anwar jadi TPM, DS Wan Azizah tetap `low profile' dan jarang sekali muncul di khalayak ramai. Jauh beza dengan Bik Mama yang ada sekarang.

Beliau mula belajar politik bila suaminya dianiayai oleh mamak bendahara. Ketika itu, sudah menjadi kewajipannya untuk berjuang membela nasib suaminya di dalam penjara, apatah lagi ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah. Itu mulanya DS Wan Azizah berpolitik. Bukan dia gila jawatan politik, tetapi terpaksa demi suami tercinta. Jika benar DS Wan Azizah ini gila jawatan, sudah lama beliau menunjukkan perangai macam Bik Mama yang bergelar `Hajjah' tu sewaktu DS Anwar menjadi orang No. 2 dalam kerajaan dulu. Jadi, di mana lojiknya kata Zul Kulim bahawa DS Wan Azizah menangis di depannya kerana terpaksa kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Ketawa lagi aku bila Zul Kulim sebut, dia tolak tawaran jadi Pengarah di dalam GLC Selangor yang menjanjikan elaun bulanan lebih kurang RM50, 000 sebulan. Aduuuhh...tengok muka Zul Kulim ni korang percaya ke dia tolak tawaran tu jika betul ada? Elaun sebanyak tu kalah gaji PM tu !! Zul Kulim kononnya tolak kerana dia berjuang atas dasar keikhlasan.....wakakakakaaaaaa...

Kalau aku, aku ambil je jawatan tu pasal aku boleh bayar hutang-hutang aku kat kawan-kawan semasa berkempen dulu. Tak tahan telinga aku mendengar kawan-kawan merata-rata sebut pasal hutang aku. Buat apa aku pakai kopiah `Ali Baba' kalau aku mati nanti dalam berhutang?

Orang semua tahu Zul Kulim, bahawa kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru tu sepatutnya dikosongkan awal lagi kerana ada dakwaan kamu tak jelaskan penyata pilihanraya sebelumnya. Sebab tu akhirnya petisyen yang dibuat oleh Umno Kulim Bandar Baru tu `selesai' di luar mahkamah sebab ada `rundingan' rahsia. Apa rahsianya? Rahsianya dapat dilihat sekarang di mana Zul Kulim jadi Wakil Rakyat Bebas. Ertinya, PKR hilang kerusi itu. Jika petisyen itu dulu dibawa ke mahkamah, maka terpaksa diadakan P/raya di situ, kompom PKR terus memegang kerusi tersebut. Hasilnya, niat mereka tercapai untuk melihat PKR kehilangan kerusi tersebut. Masakan `free' je kot....mesti ada sesuatu di sebalik kopiah Zul Kulim.

Nampaknya semakin Zul Kulim bercakap, semakin nampak kebodohannya. Jadi, lebih baiklah Zul Kulim baca `Memoir' Dr Syed Husin tu, dan saman beliau. Sekali lagi kita bertanya, ada berani? /BudakMental

Tiada ulasan: