"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR: Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah

KR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.
NONE
Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

azlanDalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: