"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin Wakil Rakyat Paling Sistematik

Mohd Sayuti Omar
TIDAK melampau kalau saya isytiharkan Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali adalah wakil rakyat yang bersistematik berdasarkan pengalaman saya sendiri. Belum pernah saya terjumpa cara berkerja dan juga melayani rakyat seperti dilakukan oleh Azmin. Saya bergaul dengan lebih 300 orang wakil rakyat dari semua fraksi, Umno, Pas, PKR dan juga DAP.

Tetapi tidak ada seorang pun dari 300 orang wakil rakyat itu termasuk menteri yang berhubung dengan rakyat atau menyatakan terima kasih kepada rakyat seperti mana Azmin walaupun perkara kecil. Maaf ... dalam hal ini wakil rakyat Pas terkebelakang sekali. Selain dari Azmin ada dua tiga orang lagi wakil rakyat yang menggunakan surat untuk berintraksi dengan saya.

Keduanya ialah wakil rakyat dari BN bertaraf menteri dan seorang lagi wakil rakyat BN juga bertaraf ahli Parlimen dan kini menjadi Adun. Kedua mereka berasal dari Kelantan. Saya pernah menerima surat dari kedua mereka ini hanya untuk memaklumkan sesuatu yang boleh disampaikan dengan mulut saja.

Jelas cara bekerja Azmin adalah bersistematik, kemas, mengkagum dan profesional. Dan kalau boleh saya sebut stail Azmin sama juga dengan cara Tengku Razaleigh Hamzah menghormati orang. Saya pernah menerima surat balasan dari Tengku Razaleigh hanya kerana menghantarkan kepadanya sebuah buku tulisan saya.

Baru sekejap tadi seorang pegawai di pejabat Azmin telah mengirimkan sepucuk surat mengucapkan tahniah atas majlis kenduri meraikan perkahwinan anak saya semalam. Surat itu juga beliau membuat apologis kerana tidak dapat hadir.

Apalah sangat surat itu? Tetapi bagi saya rakyat marhaen mendapat surat dari wakil rakyat merasakan satu penghargaan besar. Surat memilik sentimen value yang tinggi bagi orang seperti saya.

Saya tahu Azmin boleh mengirimkan ucapan selamat dan apologis itu menerusi SMS atau dengan memberi komen di blog saya. Tetapi beliau tidak berbuat begitu dan mengambil sedikit masa serta menggunakan kertas untuk memberi ucapan itu. Kalaulah semua wakil rakyat berkhidmat seperti Azmin saya kira mereka tidak ada masalah untuk terus disayangi rakyat.

Bagaimana pun mungkin kebagusan Azmin dalam bab ini tetapi tidak dalam bab-bab lain. Itu saya tidak peduli dan mengambil kira. Seperti saya katakan tadi pengiriman surat ini sesuatu yang membanggakan saya.


Azmin bukan saja mengirimkan surat seperti itu tetapi beliau tidak pernah melupai untuk mengirimkan saya saban tahun kad ucap selamat hari raya dan kad jemputan rumah terbukanya. Walaupun beliau ada menjemput menerusi banner atau siaran akhbar, tetapi beliau tetap mengirimkan kad secara rasmi.

Ini stail dan kelebihan Azmin bagi saya.

Oleh kerana itu kalau orang nampak saya saban tahun ke rumah terbukanya, usahlah cemburu kerana dia melayan saya penuh profesional. Wajar kalau saya juga membalas sikap baik itu dengan penuh kehormatan.

Di sini saya menyeru wakil rakyat terutamanya dari Pas belajarlah berurusan seperti Azmin dan ambil berat hal rakyat walaupun perkara itu agak kecil nilainya. Sebab penilaian itu bermula dari perkara yang remeh temeh. Kalau hal yang ringkas dan mudah tidak dapat dilaksanakan, macamana hendak memerintah dan mentadbir negeri. Rakyat yang celik akan menilai kemampuan seseorang atau sesebuah parti itu dari kerja-kerja ringkas dan kecil saja.

1 ulasan:

pencari maklumat berkata...

TAHNIAH MSO KAMI JUGA PERNAH KERUMAH DSAI IBRAHIM KENDURI ANAKNYA IHSAN DISURUH KEKHEMAH KHAS AHLI KELUARGA TETAPI YG SEDIHNYA KAMI TIDAK DILAYAN OLEH SESIAPAPUN SENDIRILAH KAMI,SUDAH MAKAN BALIKLAH KAMI TIDAK SEORANG PUN YG MAHU MENGENALI KAMI DAN TIDAK SEORANG PUN MEMPERKENALKAN KEPADA KAMI.