"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India

mirzan mahathirAhli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.
Mirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.

Petisyen itu menyatakan bahawa projek berkenaan ditawarkan secara Bina-Operasi-Pindah dan konsortium itu diberikan 18 bulan untuk membina dua buah dermaga di Pelabuhan Kakinada, pelabuhan kedua terbesar di Andhra Pradesh.

"Tetapi konsortium itu gagal memenuhi komitmennya dan kerja-kerja pembinaan dermaga lain hanya dimulakan lima tahun kemudian pada 2004," menurut afidavit itu.

Disebabkan kelewatan, perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira-kira RM33 juta antara 1999 dan 2007.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan, Mahkamah Tinggi itu kini mengarahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) dan Direktorat Penguatkuasaan (ED) menyiasat semua dakwaan terhadap Naidu dan rakannya.

Naidu, presiden Parti Telugu Desam, adalah ketua menteri Andhra Pradesh dari 1994 hingga 2004.

Beliau menerajui parti itu daripada mendiang bapa mertuanya, NT Rama Rao, yang ketika dulu ikon filem Telugu.
-Bernama-

Tiada ulasan: