Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mahu segala aktiviti perbelanjaan dan akaun syariakat National Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd. milik suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dibekukan dan digantung segera.
AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu perlu dibuat kerajaan dengan segera sehingga satu badan audit bebas melakukan 'forensic auditing' terhadap akaun dan aktiviti syarikat tersebut.
"Kita mintak akaun dan segala kegiatannya digantung (moritorium) segera dan kerajaan perlu mengarahkan pihak ketiga membuat forensic auditing.
"Sejak isu ini dibangkitkan, kita tidak nampak apa-apa tindakan diambil kerajaan khususnya Perdana Menteri, sedangkan tuduhan itu serius," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor kepada Harakahdaily.
Selain itu beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adakah dana awam berjumlah RM250 juta itu deberikan kepada NFC secara penganugerahan (grant) atau pinjaman mudah dengan interest dua peratus.
"Umum masih bertanya, adakah pemberian dana awam itu diberikan secara grant atau pinjaman.
"Andai kata pinjaman dua peratus, mesti ada terma dan syarat pinjaman, dedahkan apa dia terma dan syarat itu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendedahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet.
Sebaliknya projek berjumlah RM250 juta itu didakwa diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.
Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan ‘kucar-kacir’.
Malah lebih dari itu, PKR juga mendakwa wang itu digunakan untuk kepentingan keluarga ketua wanita Umno itu termasuk membeli kondominium mewah di ibu negara.
1 ulasan:
Dengan pengkhianatan spt ini, anak muda akan pastikan tumbangkan BeEnd....
Catat Ulasan