"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Untuk Sebaran Umum - Buletin 10 Akhir Ramadhan

al-bahanj

Alhamdulillah, kita kini di akhir 10 Ramadhan.  Jangan perlahankan pecutan ibadah tuan/puan.  Jangan hilang fokus.  Tingkatkan pecutan dan gandakan ibadah tuan/puan.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam apabila sampai ke 10 terakhir bulan Ramadhan ini, Baginda tingkatkan kesungguhan dalam beribadah.  Justeru, marilah kita bersungguh-sungguh terhadapnya.


Berikut adalah buletin yang dibuat khas untuk tujuan disebarkan kepada umum bagi meningkatkan kesedaran tentang kelebihan 10 akhir Ramadhan.  

Di dalamnya diceritakan tentang kelebihan Lailatul-Qadr, bila berlaku Lailatul-Qadr, apa nak buat jika berjumpa dengan Lailatul-Qadr, hadith tentang ibadah i`tikaf, beberapa amalan sunnat yang wajar diberi perhatian dan disemak semula, dan senarai semak (chekclist) untuk tuan/puan manfaatkan, insyaALLAH.
Muka surat 1:
Muka surat 1
Muka surat 2:
Untuk versi PDF, sila download di sini.
Semoga dengan sama-sama mempromosi hal ini, ia dikira hasanah di sisi ALLAH. Mudah2an ada manusia lain di sekitar lain mendapat kesedaran asbab dari usaha tuan/puan menyebarkannya, insyaALLAH.
Semoga kita semua bertaqwa, amin...
ALLAHU A`LAM.
---
Bahan-bahan di atas adalah disunting dari laman blog ini.
-tko-

Tiada ulasan: