"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRU-13 Tidak Boleh Diadakan Sebelum PSC Laksana Tugas - Dr Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Pilihan raya umum ke- 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) belum selesai melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya negara ini, menurut Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.


Dr. Abu Hassan berpandangan Perdana Menteri Najib Razak harus menyelesaikan segala tuntutan rakyat dan apa sahaja isu berbangkit termasuk mencapai matlamat penubuhan PSC terlebih dahulu, sebelum mengadakan pilihan raya.

“Proses pilihan raya tidak boleh berlaku setelah penyelesaian-penyelesaian dan kritikan pilihan raya di negara ini diselesaikan terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini kerana itu adalah matlamat yang sebenarnya.

“Kita harus melihat proses transformasi politik dan juga melihat pihak kerajaan mengatakan setiap perkara harus melakukan transformasi sama juga dengan suruhanjaya pilihan raya (SPR) setiap perkara harus mempunyai transformasinya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian Najib bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila- bila masa dan tidak akan bergantung pada kata sepakat yang akan dicapai dalam prosiding PSC, bersabit sistem pilihan raya negara.

Jawatankuasa seliaan Parlimen itu yang akan dibentuk Oktober depan sudahpun menerima pelbagai kritikan setelah Najib dilihat seolah- olah tidak serius dalam menambahbaik ketempangan sistem pilihan raya.

Ketidakseriusan Najib terhadap penubuhan jawatankuasa itu dikuatkan lagi dengan kenyataanya bahawa PSC akan terbubar dengan sendirinya jika berlakunya pembubaran Parlimen.

Ini bermakna, jika Parlimen dibubarkan sebelum jawatankuasa PSC melakukan sebarang perubahan, segala cadangan penambahbaikan itu akan terkubur begitu sahaja.

“Jawatankuasa khas parlimen (PSC) ini harus dihormati, dan proses penambahbaikan pada sistem pilihan raya di negara ini melalui perbincangan PSC hendaklah dilakukan secara akademik.

“Saya berpendapat sebaik-baiknya proses pilihan raya ini berlaku selepas PSC ini berjaya menyelesaikan beberapa krisis dan desakan yang sangat penting ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Dr. Abu Hassan turut menggesa ahli panel yang menyertai jawatankuasa ini agar meletakkan aspek kematangan berpolitik sebagai asas dan tidak berat sebelah dalam mencari penyelesaian kearah memperbaiki sistem pilihan raya.

“Kedua-dua pihak harus jujur, harus budiman untuk duduk membicangkan permasalahan ini dan kemungkinan diketuai oleh ketua akademiknya, tokoh-tokoh dan pihak-pihak tertentu kalau sekiranya mempunyai masalah untuk melantik ahli politik sebagai pengerusi kepada jawatankuasa ini.

“Maka secara akademiknya ialah kita mahu lihat kematangan demokrasi kedua-dua pihak, pihak memerintah (BN) dan pihak alternative (PR), kerana apa yang penting sekarang ialah untuk menghasilkan dan mewujudkan peradaban demokrasi yang jauhari lagi budiman iaitu yang mempunyai ruang kepada semua orang.”
-tvsnews-

Tiada ulasan: