Penarik Beca
Sejak 29/3/1982 apabila dia masuk Umno, saya sikit pun tak minat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah ketika itu, orang-orang Abim yang masuk Umno saya benci sangat-sangat.
Tetapi, apabila rakyat bangkit pada tahun 1998 dan 1999, saya tak lempaq taik kat kebangkitan itu walaupun saya tidak menyertainya. Dan, tak lempaq taik kat kebangkitan tu tak bermakna saya dah minat kat Anwar.
Menjelang pilihan raya umum tahun 2008, Hindraf bangkit dan merancang himpunan besar-besaran. Banyak tuntutan mereka yang bukan sahaja saya tak setuju, malah sakit hati nak baca.
Walaupun saya hampir tak ada kenangan manis dengan orang-orang Hindu dan saya selalu sakit hati, tetapi saya tak la pulak lempaq taik kepada hak dan usaha mereka untuk berhimpun.
Ni saya tulis fasal sahabat Mamat poyo tu sendiri. Terus terang, saya langsung tak ada kemampuan nak tengok Haris Ibrahim hatta gambarnya sekalipun - sama seperti saya mengelak dan tutup TV apabila siaran berita dan seumpamanya menyiarkan rakaman atau gambar para pemimpin Umno kerana saya tak boleh tahan langsung dah nak tengok muka depa.
Baru-baru ni Haris datang berceramah dekat dengan rumah saya, iaitu di Taman Melewar, memang saya tak pergi dan tak mungkin saya pergi. Tetapi, saya tak hasut orang supaya jangan pergi.
Mudah ja. Ketika depa dok lawan musuh rakyat, saya tak akan tibai musuh kepada musuh rakyat itu. Depa dok tengah lawan Umno, biaq la. Saya tak kata, "jangan pi ceramah tu. Haris Ibrahim pun ada!"
Di pihak yang lain pula, walaupun ada juga kenangan yang tak best (biasa la tu), tetapi saya mempunyai terlalu banyak kenangan manis dengan PAS. Pergaulan harian saya pun lebih banyak dengan orang PAS walaupun saya tak lagi menjadi ahli PAS.
Meskipun begitu, bila ada segerombolan yang tidak bermaruah yang berselingkuh, berkendak dan bermukah dalam gelap dengan Umno dan work to the benefit of the worst public enemy, saya bantai depa sampai hari ni. Saya tidak bantai PAS. Saya bantai pecacai-pecacai Umno yang membawa kad keahlian PAS tu. No love lost sebab yang berpakat dengan public enemy pun public enemy juga.
Balik kepada cerita Anwar. Saya selalu kata yang saya berterima kasih sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Anwar dan menghambat Mamat itu dari Umno. Tetapi bila Anwar ditahan di bawah ISA, saya kata kalau babi sekalipun ditahan di bawah ISA, aku tak setuju.
Hari ni saya nak sebut, kalau babi sekalipun yang lawan Umno, aku tak akan susahkan dia ketika dia tengah dok berlawan dengan Umno.
Tetapi sejak kebelakangan ni kita melihat semakin jijik kelaku Mamat perasan yang lempaq taik kepada rakyat yang nak berlawan dengan Umno. Dia ni tak habis-habis bajet diri dia macam bagus sangat. Lepas ni hampa tengok la, dia akan kata dia dah perangkap media-media pecacai Umno apabila dia mengizinkan mereka menemubual dia. Kononnya dia dah buat coup.
Tobat lahum dia tak akan mengaku yang dia dah sabotaj sebahagian rakyat yang nak berlawan dengan Umno - walaupun dengan cara mereka sendiri. Mamat tu sentiasa perasan bagus sangat. Itulah penyakit dia yang paling teruk yang dimanfaatkan Umno untuk mensabotaj rakyat yang sedang berlawan dengan taghut itu.
Dia sama ja dengan Dr Hasan Mohamed Ali. Sembang deras konon lawan Umno. Sedangkan, yang orang nampak dengan jelas dia memanfaatkan Umno.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan