"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syed Azman buat laporan SPRM terhadap MB Terengganu, Ahmad Said.

Khairul Azlam Mohamad
KUALA TERENGGANU, 5 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Laporan itu dibuat berhubung Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah di pejabat SPRM, di sini hari ini.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendedahkan banyak kelemahan program bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu.

“Laporan ini dibuat supaya suatu siasatan segera dapat dilaksanakan oleh pihak SPRM dan saya juga memohon tindakan saya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Asas kepada laporan ini dibuat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang secara tidak langsung turut melibatkan penyelewengan di bawah bidang kuasa Menteri Besar Terengganu,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan tersebut.

Beliau yang menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusuff Mohd Zin ditemani oleh peguamnya dari Tetuan Fariz Halim & Co pada jam 11.00 pagi.

Dr Syed Azman telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM selama dua jam.

Hadir sama mengiringi beliau adalah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing serta 20 penyokongnya.

Tiada ulasan: