Pelajar cemerlang 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri melonjak namanya di negara ini kerana kecemerlangannya. Atas sebab kecemerlangannya dia menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pernah menjadi Duta Akademik Berita Harian.
Sekitar 2009, riuh diperkatakan dia gagal di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan sehingga terpaksa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menerangkan di Dewan Rakyat bahawa dia tidak gagal.
Kini namanya diperkatakan semula kerana gambar seksinya mula tersebar di internet. Banyak blog memperkatakan hal ini. Mungkin kerana terkena kejutan budaya. Dahulu kita mengenali melalui imej sopan bertudung dan kini perbezaan amat ketara. Imej berpelukan dengan lelaki bukan muhrim mengejutkan kita.
Ini memberi gambaran kepada umum bahawa cemerlang 17A A1 tidak menjamin sahsiahnya sebagai muslimah turut cemerlang. A1 dalam Pendidikan Islam tidak mampu menjadi pedoman.
Secara umumnya, doa harapan kita setelah kita usahakan apa yang sepatutnya. Ini kerana kita juga mempunyai dan akan mempunyai anak-anak. Sungguh kita perlu berdoa sungguh-sungguh supaya anak-anak kita terhindar dari bisikan duniawi dan selamat dunia dan akhirat. Mudah-mudahan…
EkELEH.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan