"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peneroka Felda berjaya sekat mesyuarat agung KPF

Harakahdaily
KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok.

Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu.

Injunsi itu difailkan di Mahkamah Temerloh pada 23 Desember oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong untuk menyekat mesyuarat agung itu.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.

Tiada ulasan: