"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesan Anwar Kepada Rakyat

PETALING JAYA, 3 JAN: Mengira beberapa hari sahaja lagi menuju keputusan kes mahkamahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat walau apa pun berlaku jangan pernah berhenti desak perubahan.

Tegas Anwar, Barisan Nasional (BN) silap sekirannya berfikir bahawa mereka selamat dengan memenjarakan beliau.

"Teruskan perjuangan ini, teruskan membela rakyat yang dizalimi.

"Keutamaan adalah memenangkan Pakatan Rakyat (PR), perbincangan apa terjadi kepada Anwar adalah perkara kedua,"katanya.

Tambahnya persoalan samada beliau ada didalam penjara atau diluar tidak penting sekiranya rakyat dan Pakatan masih utuh memilih beliau mengalas jawatan perdana menteri.

Dalam pada itu, beliau penuh yakin bahawa gagasan Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata demikian dalam sesi Temubual Khas, Fokus Berita terbitan TVSelangor, di sini pagi tadi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan kes liwat Anwar pada 9 Januari depan.



Pemerhati meramalkan dua senario samada Anwar dihukum bersalah dan dipenjarakan atau dihukum bersalah tetapi diberi ikat jamin. Kedua-duanya menghalang beliau dari menyertai pilihanraya umum ke-13 nanti.


"Umno-BN gagal mentadbir. Gagal mengangkat martabat orang Melayu. Gagal memuliakan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Gagal dalam menjamin sistem ekonomi yang baik.


Gagal menurunkan harga barga. Gagal menaikkan pendapatan mereka. Pakatan Rakyat harus diberi sokongan oleh rakyat dan dengan izin Allah kita ganti Barisan Nasional.


Siapa menjadi ketua bagi saya itu isu kedua."
-tvsnews-

Tiada ulasan: