"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perang Muhyiddin Najib… Umno Bn HANCOR !!!

reformis1998
mno bergaduh
Menjelang pilihanraya umum ke13, kemelut semakin membuak dalam UMNO. Perang ‘Besar’ yang cuba ditutup oleh media perdana telah mengakibatkan satu ‘Bom Jangka’ yang akan meletus dalam masa yang terdekat menjelang PRU.

Puak-puak Muhyiddin dan Najib sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Terbaru, seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Shukor Abdul Manan telah dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100,000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.

Pendedahan dan Perang :

Pendedahan ini telah mencetuskan perang apabila timbul laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang. Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau  (baca sini) .

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka, seperti pendedahan Shahrizat… “Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” jawab Shahrizat yang bertindakbalas terhadap desakan untuk beliau meletak jawatan.

Dalam perang yang tercetus sekarang ini di dalam Umno, Najib telah dipersalahkan selepas puak-puak beliau telah mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Puak-puak Najib juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno tahun depan.

Tetapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama Umno bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan Umno dengan lebih cepat.

‘Tikam menikam’ di antara 2 kumpulan orang utama parti telah mencetus perasaan kecewa dikalangan orang-orang Najib dan puak-puak Muhyiddin yang pasti akan mencabar jawatan Presiden Umno tahun depan. Akibat ‘Perang’ ini dan KEKECEWAAN yang melanda, ramai pemimpin-pemimpin Umno telah mula berfikir dan merancang sesuatu bagaimana untuk menghadapi kekalahan Bn selepas PRU nanti.

Ada yang sudah bermain-main di fikiran mereka untuk bercadang berhijrah ke negara lain, terutamanya pemimpin-pemimpin dari kalangan MCA dan MIC. Dan terdapat juga pemimpin-pemimpin Umno yang sudah mengadakan pertemuan ‘SULIT’ dengan Anwar Ibrahim, termasuklah pak-pak Menteri untuk menyatakan… “Please Count Me In…”

Sebab itu, Rakyat boleh melihat… hanya Najib dan Muhyiddin yang bertungkus lumus berkempen cuba untuk membawa bersama-sama mereka pemimpin-pemimpin UmnoBn, untuk berjuang menentang Pakatan Rakyat habis-habisan… tapi pemimpin-pemimpin UmnoBn ini telah buat lakonan terbaik dalam sejarah perfileman Negara.

Setelah puak-puak Umno mula bercakaran akibat ketamakan pemimpin-pemimpin mereka… Rakyat akan pastikan KEHANCORAN UmnoBn dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Tiada ulasan: