Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Rafizi berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.
"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.
"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.
Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.
Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.
Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan