Maclean Patrick
Keputusan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) adalah tidak lebih daripada percubaan untuk mendapat keuntungan sebanyak mungkin bagi orang-orang yang yang berkepentingan besar dalam FGVH, 1 unit yang sering mengalami kerugian dalam pelaburan luar negara yang telah dijalankan oleh kumpulan penasihat kewangan Perdana Menteri Najib Razak.
Malah, Najib telah sedaya upaya cuba mewajarkan keperluan penyenaraian FGVH, dan paling utama dalam hujahnya ialah ini merupakan satu cara untuk menambah lebih banyak wang ke dalam poket peneroka Felda. Memang benar kata Najib, peneroka Felda akan mempunyai lebih banyak wang tetapi seperti biasa, dia TIDAK memberitahu keseluruhan kebenarannya.
Wang akan mengisi poket peneroka, semasa penyenaraian awal tetapi dalam jangka masa yang panjang adakah peneroka akan menikmati limpah kurnia yang telah mereka kecapi sejak berdekad penubuhannya lalu.
Menjamin Felda Global yang kerugian besar?
Tetapi anak-anak syarikat FGVH seperti IffcoSdnBhd FELDA, FELDA Global Technologies, Felda Global Ventures Timur Tengah dan Felda Global Ventures Saudi dilaporkan telah mencatatkan kerugian berjumlah kira-kira RM500 juta sehingga tahun lepas.
Badan utama secara keseluruhannya adalah masih menguntungkan. Sebenarnya, FELDA Holdings mempunyai tenaga kerja berjumlah 19,000 orang, dengan tenaga buruh seramai 46.795 pekerja di 300 buah estet, 70 kilang minyak sawit, tujuh loji penapisan, 4 kilang penghancuran tumbuhan, 13 kilang getah, kilang pembuatan dan beberapa logistik dan pemasangan pukal yang berada di seluruh Malaysia dan beberapa lokasi di luar negara.
Tetapi pengkritik menegaskan bahawa cadangan penyenaraian akan menyaksikan FGVH yang sering rugi mengabil alih kawalan Pelaburan FELDA Koperasi (KPF) yang akan menukarkan keuntungan pekebun kecil dibawah FELDA dengan RM1.5 bilion defisit tahunan. Oleh itu, pembuat keuntungan Felda Holdings akan menyaksikan dirinya berhutang selepas penyenaraian dan akan menjejaskan setiap peneroka kecil yang ada di bawah naungan mereka.
Keseluruhan idea meletakkan sebuah syarikat yang menguntungkan di bawah kawalan yang telah terbukti gagal dalam perniagaan, adalah tidak logik dan merupakan pelan perniagaan yang buruk. Tetapi ini juga adalah rancangan yang diilhamkan oleh Najib. Seperti ramai penganalisis memberi amaran ini mungkin tindakan untuk bailout FGVH, yang telah lama diuruskan oleh penasihat dalaman Najib.
Kebenarannya lebih banyak disembunyi
Apa yang Najib dan Mahathir gunakan sebagai justifikasi untuk penyenaraian cuma penghujung ceritanya sahaja. Setelah disenaraikan di Bursa Malaysia, pelabur-pelabur baru akan membeli saham tambahan dan ini akan menyuntik lebih banyak wang ke Felda. Wang itu akan dinikmati oleh segenap lapisan kecil pemegang saham dan premium daripada penjualan saham juga boleh digunakan untuk membayar dividen – inilah yang dinantikan oleh kedua-dua Najib dan Mahathir.
Tetapi persolannya adalah berapa banyak saham yang perlu peneroka Felda serahkan untuk mewujudkan tawaran-tawaran bagi pelabur baru? Dan siapakah pelabur ini? Ini sangat penting kerana pada dasarnya, peneroka Felda penyerahan hak ke atas Felda sebagai balasan untuk wang cepat. Dalam jangka masa panjang, nasib peneroka Felda akan ditentukan oleh mereka yang memegang kepentingan dalam Felda yang telah disenaraikan.
Dan kebenaran ini tidak diberitahu oleh Najib dan Mahathir kepada peneroka Felda dan rakyat Malaysia.
Kerajaan Najib berkata langkah itu akan menyebabkan bayaran RM5.9 bilion sekali gus kepada peneroka tetapi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah menegaskan, ia bukanlah dalam bentuk wang tunai tetapi dalam bentuk saham di dalam FGVH. Mereka perlu berhati-hati dengan ini. Peneroka mungkin mendapati diri mereka ditinggalkan dengan keping kertas yang tidak laku. Minggu lepas, sekumpulan peneroka, mewakili KPF, telah berjaya mendapat satu perintah mahkamah sementara yang menghalang pemindahan saham mereka dari koperasi ke FGVH, satu langkah penting dalam rancangan Putrajaya untuk menyenaraikan firma perladangan itu.
Satu lagi skim cepat kaya pemimpin UMNO
Kedua-dua Najib dan pengerusi Felda, Isa Abdul Samad menegaskan bahawa penyenaraian akan dilancarkan mengikut jadual. Rancangan itu kini ada satu jentera khas (SPV) untuk memastikan keuntungan daripada penyenaraian FGVH akan disalurkan terus kepada peneroka; sudah tentu kita tahu siapakah yang akan menerajui SPV ini, tetapi SPV ini akan mengambil alih peranan KPF. Dan jika pelantikan kontroversi Isa yang tidak popular sebagai pengerusi Felda diambil kira oleh peneroka, dengan yakin, ketua SPV nanti juga adalah lelaki ‘yes man’ Najib.
Mekanisma Felda adalah 100% dimiliki oleh kerajaan, ia akan perlu membeli ekuiti dalam Felda Holdings Bhd KPF untuk memberi mereka kepentingan dalam FHB. Apabila ini berlaku, tidak akan ada apa-apa dapat dilakukan untuk menghentikan pemindahan saham dari FHB ke FGVH dan akhirnya penyenaraian oleh FGVH.
Sememangnya ini adalah 'skim cepat kaya' yang hanya boleh memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk membeli saham dari FGVH. IPO dengan serta-merta mendapatkan kepentingan dari peneroka dan berkhidmat kepada pembida tertinggi.
"Para peneroka sendiri tidak akan mampu untuk membeli saham dan mengembangkan syarikat. Jadi penyenaraian adalah satu cara untuk menyuntik modal lebih dan pelaburan. Akhirnya, peneroka akan diberikan dividen yang sama. Jadi, mereka tidak akan kehilangan apa-apa," kata Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Pemilik Malaysia OSV di sini.
Tapi apakah harga yang harus dibayar oleh peneroka? Adakah Mahathir pernah terfikir akan kemungkinan ini? Pernahkah Mahathir berfikir kenapa sehingga sekarang, peneroka Felda tidak mampu untuk membeli saham dan mengembangkan syarikat mereka? Siapakah Mahathir untuk menentukan sama ada IPO itu baik atau tidak.
Tawar gula pada peneroka tapi kilang gula pula dilelong
Dalam temuramah bersama Tengku Razaleigh Hamzah, dia menerangkan bila penyenaraian itu berlaku, tanah hak milik peneroka Felda akan berada di pasaran terbuka. Bila sudah berada dipasaran, Razaleigh memberi amaran bahawa sesiapa sahaja boleh membeli sahamnya jika pembeli mampu. Ini boleh mengakibatkan peneroka kehilangan tanah mereka jika pegangan saham mereka dijual kesemuanya.
“Jika harga saham melonjak naik, dan pemegang saham mahu untung, sudah tentu mereka akan menjual saham mereka kepada orang lain. Agak bodoh jika mereka tidak mahu mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan pada masa itu. Tanah yang mereka miliki akan menjadi milik orang lain. Ini amat berbahaya”, kata Ku Li, putera Kelantan yang juga MP Gua Musang.
Ini merupakan idea Najib untuk mengayakan pemegang saham kecil peneroka Felda. Setelah menjanjikan mereka gula-gula, dia pula melelongkan kilang gula kepada pembida tertinggi.
Persoalan yang perlukan jawapan dengan segera adalah kenapa dengan tiba-tiba, ada keperluan untuk menyenaraikan Felda? Adakah ini bermakna laporan tentang kerajaan Malaysia kehabisan dana adalah benar? Atau adakah ini merupakan perjanjian yang akan memberi keuntungan lumayan daripada IPO iaitu skim cepat kaya UMNO? Sementara menantikan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan, tekaan sudah tentu sahaja sama dengan kami.
-Malaysia Chronicle-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan