"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menang pilihan raya Hadi jadi presiden

HADI (kiri) memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi di sebuah pusat pengundian di Sanaa, Yemen pada Selasa lalu.
SANAA: Calon tunggal pilihan raya presiden Yemen, Timbalan Presiden Abdrabuh Mansur Hadi memperoleh 99.8 peratus undi dalam satu kiraan undi yang sah, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Yemen semalam.

Berdasarkan kepada keputusan akhir, seramai 6.6 juta daripada 10.2 juta pengundi yang layak telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Angka itu mewakili 66 peratus golongan yang keluar membuang undi.

Hadi mengangkat sumpah di Parlimen semalam dan akan menjadi Presiden Yemen secara rasmi pada Isnin ini. Beliau sekali gus menggantikan bekas presiden, Ali Abdullah Saleh yang kini dalam proses peralihan kuasa di bawah satu perjanjian transisi kelolaan Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk.

"Majlis pelantikan akan diadakan di Istana Presiden yang menyaksikan Ali menyerahkan kuasa eksekutif secara rasmi kepada Hadi," jelas satu kenyataan daripada suruhanjaya terbabit.

Penyerahan kuasa itu menyempurnakan perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujui pada November lalu. Perjanjian kontroversi tersebut menjelaskan bahawa Ali bersetuju untuk berundur dan diberi imuniti daripada dakwaan membunuh ratusan rakyat Yemen dalam protes yang berlangsung selama 10 bulan. 
-AFP-

Tiada ulasan: