"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Shahrizat ada penyakit?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 April: Meskipun ditekan hebat untuk menarik balik kenyataan beliau menasihatkan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk turun takhta, timbalan Ketua Wanita Umno Kamilia Ibrahim terus menekan bahawa seseorang yang membawa penyakit tidak perlu dibawa ke medan perang.

“Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang? Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang?” kata Kamilia ketika wawancara bersama Mingguan Malaysia semalam.

Kamilia berkata demikian ketika disoal soalan sinis wartawan Mingguan Malayia bahawa beliau sebagai orang nombor dua sepatutnya berdiri teguh di belakang ketua namun kenyataan beliau sebelum ini tidak seperti diharapkan untuk menggambarkan perpaduan dalam Wanita.

“Kita sebagai Wanita perlu tahu makna solidariti yang sebenarnya,” jawab Kamilia, sambil menegaskan bahawa tindakan beliau ini tidak mempunyai niat untuk memecah-belahkan Umno wanita, tapi hanya sekadar mengiktiraf masalah skandal National Feedlot Corporation, di mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh kini didakwa melakukan pecah amanah berhubung RM250 juta pinjaman kerajaan untuk mengusahkan Pusat Fidlot Kebangsaan.

“Saya bercakap sebab saya mengiktiraf masalah itu, memberitahu inilah masalahnya, menyedari dan menyelesaikan masalah itu. Malangnya ada kalangan Wanita tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar,” kata beliau.

Bagaimanapun tidak ketahui samada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini memberi sokongan kepada Shahrizat dan Setiausaha Agong UMNO Tengku Adnan Mansor yang mengkritik beliau kerana “mengiktiraf” masalah NFC tergolong dalam kumpulan “tidak mahu mendengar penjelasan, tak mahu menerima dan memahami masalah sebenar” yang disebut Kamilia.

Tiada ulasan: