Berita Semasa
Kami merasakan kalangan pembaca di sini, sudah biasa melihat keratan akhbar di atas yang menunjukkan realiti harga kereta Proton di Arab Saudi.
Ramai yang mempertikainya, kenapa harga kereta Proton yang diangkat sebagai kereta Nasional lebih mahal berbanding di negara sendiri. Tidak kurang juga ada yang menyokong strategi sebegini rupa. Walauapapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ada jawapan untuk anda semua.
Setakat ini, Proton melalui jawapan menteri di Dewan Rakyat, telah menerima RM494 juta dalam bentuk geran R&D yang mana Proton boleh menggunakan geran R & D tersebut untuk tujuan R & D daripada tempoh tahun 2006 sehinggalah tahun 2010. Itu yang pertamanya.
Dan kalau sebelum ini kalangan daripada anda sudah pun membincangkan harga kereta Nasional Proton yang boleh dijual pada harga bebas cukai kepada warga asing melalui program MM2H melalui laporan berita bertajuk, Harga Kereta Untuk Warga Asing Lebih Murah Berbanding Rakyat Malaysia Sendiri (MM2H)?
Maknanya di situ sudah menunjukkan harga kereta Proton boleh sebenarnya dijual pada harga yang lebih rendah seperti yang ditawarkan sekarang ini kepada rakyat Malaysia.
Persoalan yang kedua yang sering bermain di pemikiran rakyat Malaysia, mengapa harga kereta proton terdapat perbezaan harga jualan di antara pasaran tempatan dengan harga kereta Proton yang dijual di negara Teluk ataupun di UK, Thailand dan lain-lain. Dan berdasarkan jawapan menteri di Dewan Rakyat pun, beliau sedar dengan persoalan dan situasi sebegini rupa.
Dan…. semakan kami terhadap Kadar Tukaran Matawang Asing ini menunjukkan:
Datuk Seri Mustafa Muhamad sendiri mengatakan di Dewan Rakyat yang harga jualan kereta Proton di luar negara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya:
- duti import
- cukai dalaman
- kos pengangkutan
- insurans
- kadar faedah pinjaman dan sebagainya
- dan…strategi pemasaran
Jadi itu sebablah kata menteri harga kereta Proton berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor kos dalaman pengangkutan berkenaan. Begitulah lebih kurang jawapan menteri. Anda boleh semak sendiri soalan yang dikeutarakan di Dewan Rakyat berkaitan isu perbezaan harga jualan kereta Proton di Malaysia dan di Arab Saudi
Jawapan di Dewan Rakyat : Beza Harga Kereta Proton di Malaysia VS Arab Saudi?
Hansard di Dewan Rakyat
P/S : Apa pendapat anda pula? Pengguna-pengguna kereta Proton?
1 ulasan:
JAWAPAN BODOH DARI MENTERI YANG BODOH,APA TEORI YANG DIA PAKAI.ANAK DIRUMAH DIKASI MAKAN CABAI KERA DIHUTAN DIKASI MINUM SUSU.SELAGI UMNOBN DOK PERINTAH MALAYSIA SELAMA ITULAH RAKYAT DIDERA DAN DIBODOHKAN.
Catat Ulasan