Korupsi dan mencuri dari rakyat bukanlah isu. Apa yang menjadi perhatian dalam dunia politik di Malaysia hari ini adalah mereka yang mendakwa diri suci dari segi moral (maksum) adalah seksualiti yang dianggap berdosa. Dan memberi hukuman sedemikian adalah mereka yang mempunyai kuasa terhadap media.
Menyeleweng wang rakyat bukanlah satu dosa. Laporan Ketua Audit bukan suatu yang penting untuk dikaji, meluluskan akta baru untuk menggantikan akta lama yang menindas dan lapuk bukanlah keutamaan.
Tetapi menuduh siapa yang biseksual dan melakukan dosa seks merupakan strategi berkesan bagi ahli politik melalui agen mereka dan mereka yang maksum.
Teka siapa mereka berdua ini
Setakat ini, ada dua- seorang lelaki dan perempuan telah diberi ruang yang luas di forum awam melalui media propaganda untuk menuduh Anwar Ibrahim sebagai lelaki yang mempunyai nafsu seks yang jelik.
Jenaka? Bodoh? Pelik? Atau adakah mereka sudah gila? Bayangkan, dua daripada 27 juta manusia memberitahu dan mendesak mereka tidak patut memilih DSAI sebagai perdana menteri kerana mereka tahu bahawa dia adalah seorang biseksual.
Adakah dua orang yang mendakwa diri penjaga moral bangsa ini tidak tahu bahawa persepsi awam akan dipengaruhi oleh 3 parti pembangkang yang mempunyai ramai penyokong yang terdiri daripada mereka yang terkenal, ahli veteran yang kuat semangat berserta jutaan lagi ahli ketiga-tiga parti politik ini,
Tambahan pula, ingatkah pada peristiwa mengusung tilam keluar masuk mahkamah pada suatu masa dulu? Tidakkah mereka yang maksum ini tahu bahawa drama dalam mahkamah yang baru ini hanya menjadikan penyokong puak Pakatan semakin meningkat.
Malah, episod rakaman video Datuk T telah banyak membantu pihak pembangkang.
Ia hanya boleh disimpulkan bahawa puak yang maksum ini hanya menjadikan pembangkang ruang menjadi lebih popular sebelum PRU ke-13. Terima kasih sajalah walaupun parti pembangkang boleh sahaja Berjaya tanpa publisiti yang diberi dan nasihat daripada puak maksum kebangsaan kita ini.
Pertolongan yang besar
Sekarang berbalik kepada BN, kenapa pemimpin mereka tidak belajar dengan cepat dan menjadi lebih bijak. Tidakkah mereka nampak episod liwat satu persatu hanya memburukkan reputasi BN? Jadi kenapa memberi ruang yang banyak kepada puak maksum ini untuk bersuara di media kerajaan?
Adakah pemimpin BN sudah pekak? Mungkin tidak kerana rakyat sudah matang dan pendapat mereka pada ketika ini antaranya:
Siapa peduli tentang nafsu seks, biseksual, heteroseksual atau tak ada nafsu seks langsung. Apa yang kami, rakyat mahu adalah untuk mendapat pemimpin yang tidak korupsi dalam pentadbiran untuk bangsa dan rakyat bagi progres, kemajuan dan harmoni- sesuatu yang seluruh rakyat Malaysia boleh nikmati tanpa diskriminasi ataupun sekatan.
Ramai yang membidas puak maksum ini dengan berkata:
Bagaimana pula bagi mereka yang meninggalkan isteri mereka untuk perempuan lain? Atau bagaimana pula bagi mereka yang dirakam melakukan aksi seks di dalam video.
Ada pula yang berkata, lupakan tentang seks dan dosa. Bagaimana pula dengan dosa pada rakyat marhaen tanpa malu melalui korupsi, salah urus tadbir, penyalahgunaan dan banyak lagi.
Aiyoyoooh BN, kenapa begitu muflis dengan strategi politik?
Cakaplah sesuatu dan buat sesuatu kepada 27 juta orang rakyat supaya mereka boleh hormat dan menyokong anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan