"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ape niat sebenar Dato Dr Hasan Ali ...????

wak labu

Nampaknye Dato Dr Hasan ni memang ada bukti yang nyata tentang isu murtad si Selangor. Tapi Wak heran mengapa dia tidak bawa perkara ni kepada pengetahuan yang bertanggung jawab dalam hal2 Agama Islam. Mengapa dia ber ia2 sangat hanya menyalah kan kerajaan Selangor sahaja.

Isu murtad ni sebenarnye bukan berlaku di Selangor sahaja, bahkan boleh di katakan berlaku di seluruh Malaysia. Dato ni nampak nye sengaje mahu mem buruk2 kan kerajaan Selangor yang sedang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Sebalik nye Dato Hasan telah memberi gambaran bahawa Majlis Raja2 dan Menteri yang berkenaan dengan Agama Islam tidak berfungsi langsung. Sekarang Dato ni dah tubuhkan JATI yang kunun nye untuk membela agama Islam, kaum melayu dan Raja2 .

Nah! Sekarang awak dah ada kuasa melalui JATI, apa tunggu2 lagi, teruskan perjuangan awak tu. Cara pehak yang bertanggung jawab memurtadkan melayu/Islam tu. Kumpul kan semua melayu/Islam yang dah murtad tu, perbaiki akidah nye dan kembalikan semula mereka2 tu kepada Islam.

Awak tak perlu buat bising sane sini macam orang yang tidak siuman. Me lalak2 menabur fitnah, mengutuk dan menghina orang. Awak patut sedar dan insaf tentang apa yang dah berlaku. Berusaha lah memperbetulkan keadaan dan bukan berkempen kesana kemari.

Tiada ulasan: