"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari

halimislam

Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

Baca Sedikit Ringkasan Sejarah Tentang Terusan Suez SINI
-tranungkite-

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Inilah rahmat dari Allah, apabila pemeritah berhasrat mengikut hukum2 yang ditentuNYA. InsyaAllah, jika Malaysia diperintah oleh pemimpin2 yang bertakwa,rahmat Allah akan mencurah2 tiba.