"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Lebih 8,000 hadir ke Makan Malam PKR Johor..


Blog sungaiderhaka.blogspot.com
INILAH yang membezakan antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga pencacai UMNO, Penyokong Pakatan Rakyat sanggup membayar untuk untuk menghadiri jamuan makan malam bersama tetapi pencacai UMNO pula perlu dibayar untuk hadir ke majlis pemimpin mereka.

Meskipun beliau merupakan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib terpaksa menggunakan berbagai kaedah kerahan tenaga bagi mengerah rakyat ke majlisnya.

Selain kaedah kerahan tenaga, berbagai imbuhan termasuk upah atau imbuhan terpaksa diberi kepada pencacainya untuk memeriahkan majlisnya.. contohnya sila lihat di ( SINI )

Tetapi tidak begitu buat pemimpin dari Pakatan Rakyat..

Bertempat di padang letak kereta, Sutera Mall, Skudai Johor 8500 orang telah dilaporkan membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dan mendengar ucapan dari DS Anwar Ibrahim.




-selatanonline-

Tiada ulasan: